EIP 2018 REFLECTIONS: KAK RAI
"Saya berharap program seperti ini dapat dijalankan lagi kerana program ini memupuk semangat kerjasama dalam diri pelajar di samping dapat mendedahkan pelajar sekolah tentang menariknya subjek Fizik."
Program yang saya terlibat adalah program Empowering Interest in
Physics. Program ini adalah untuk menarik minat pelajar sekolah agar
meminati Fizik bukan semata-mata kerana peperiksaan tetapi untuk diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Sebelum program ini berlangsung, saya telah dilantik
untuk menjadi setiausaha program bagi menyiapkan kertas kerja. Sepanjang proses
saya menyiapkan kertas kerja, saya banyak dibantu oleh rakan-rakan dalam
memperoleh maklumat berkaitan program. Selain itu, penyelaras saya juga banyak
membantu saya dan rakan-rakan dalam memastikan program kami berjalan lancar. Di
samping itu, sepanjang proses saya menyiapkan kertas kerja ini, banyak perkara
yang saya telah dipelajari. Antaranya ialah saya dapat memupuk sifat tidak
berputus asa dalam diri apabila kertas kerja ditolak. Saya tidak berputus asa
malah saya dapat memupuk semangat yang lebih tinggi dalam diri untuk menyiapkan
kertas kerja ittu dengan lebih lengkap dan sempurna. Saya juga telah mendapati
bahawa semangat kerjasama dan saling membantu dapat dipupuk dalam diri saya dan
rakan-rakan kerana kami saling membantu sekiranya banyak perkara yang tidak
dapat diselesaikan. Akhirnya, setelah pelbagai halangan dan cabaran saya dapat
menyiapkan kertas kerja dengan jayanya dengan bantuan rakan-rakan. Selain itu,
saya memperoleh pengalaman yang menarik kerana mampu untuk membuat persediaa
dengan jayanya walaupun saya dan rakan-rakan berlainan kolej kediaman.
Sepanjang persediaan program, saya gembira kerana semua ahli kumpulan saya
memberikan kerjasama yang baik.
Seterusnya, ketika program ini berlangsung banyak perkara yang dapat saya pelajari di samping memperoleh pengalaman yang menarik. Pada hari pertama saya amat teruja untuk mengadakan program ini kerana rakan-rakan saya juga amat teruja untuk menjalankan program ini. Sebelum tiba di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur, saya dan beberapa rakan saya menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke sekolah tersebut. Semasa menggunakan pengangkutan awam ini juga banyak pengalaman yang saya peroleh dan perkara yang dipelajari. Antaranya adalah cara untuk berkomunikasi dengan orang awam menggunakan bahasa yang sopan dan berbudi bahasa. Selain itu, saya juga melihat cara orang Malaysia berbudi bahasa dalam pengangkutan awam dengan memberi tempat duduk kepada mereka yang lebih memerlukan. Sebagai rakyat Malaysia, saya amat berbangga kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat Malaysia. Setibanya di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur, saya telah membuat persediaan terakhir sebelum program bermula. Saya telah ditugaskan untuk menjaga kaunter pendaftaran. Dengan menjaga kaunter pendaftaran ini, saya telah mempelajari cara untuk mengawal jumlah pelajar yang ramai dalam satu satu masa. Saya juga belajar untuk sentiasa tersenyum apabila berkomunikasi dengan pelajar kerana pendaftaran merupakan tempat pertama pelajar bertemu dengan fasilitator serta mencerminkan diri kita sebagai seorang fasilitator. Ketika ice breaking saya telah berkenalan dengan peserta kumpulan saya serta kami membuat beberapa aktiviti agar peserta dapat mengenali antara satu sama lain. Saya berasa sangat gembira kerana peserta kumpulan saya memberikan kerjasama yang baik sepanjang ice breaking. Pada hari kedua, saya ditugaskan bersama seorang lagi rakan saya untuk menjaga checkpoint satu aktiviti dinamakan Quantum Race. Di checkpoint tersebut, peserta perlu menggunakan konsep fizik untuk menyelesaikan tugas yang diberikan. Perkara yang dapat saya pelajari ketika menjaga checkpoint tersebut adalah cara untuk memberi arahan dengan tepat agar difahami oleh semua peserta. Di samping itu, saya mempelajari bahawa konsep fizik yang dipelajari dapat dikaitkan dalam kehidupan seharian. Seterusnya, saya juga berpeluang untuk mengendalikan eksperimen berkaitan dengan haba. Ketika eksperimen ini, saya telah belajar untuk menjadi seorang pelajar yang mampu untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan dan juga orang sekeliling. Beberapa peserta juga telah bertanya perkara yang di luar eksperimen yang kami lakukan menyebabkan saya dan rakan perlu membuat uji kaji ‘on the spot’ untuk membuktikan perkara yang dipersoalkan. Perkara ini telah menjadikan saya seorang pelajar yang perlu bersedia dalam apa jua situasi kerana menjadi pelajar di era kemodenan ini bukan satu perkara yang mudah. Ketika akhir program, saya berasa amat dihargai kerana para peserta memberikan maklum balas yang begitu positif. Saya juga telah mempelajari untuk menghargai orang sekeliling tidak kira usia, agama atau pun bangsa.
Selepas program Empowering Interest in Physics ini, saya telah mempelajari banyak perkara. Antaranya, sikap saling kerjasama dalam satu organisasi mampu menyelesaikan tugasan dengan mudah dan sempurna. Saya amat bersyukur kerana berpeluang untuk berada dalam satu kumpulan yang sentiasa memberi semangat dan kerjasama yang tinggi sepanjang persediaan program sehingga hari terakhir program diadakan. Saya dan rakan-rakan kumpulan saya iaitu ‘The Next Einstein’ masing-masing berasa sangat puas hati dan gembira kerana program yang kami rancang berjaya dijalankan dengan sempurna dari hari pertama sehingga hari terakhir program. Saya juga gembira kerana program kami mendapat maklum balas positif dari pihak sekolah dan peserta sendiri. Saya berharap program seperti ini dapat dijalankan lagi kerana program ini memupuk semangat kerjasama dalam diri pelajar di samping dapat mendedahkan pelajar sekolah tentang menariknya subjek Fizik.