EIP 2018 REFLECTIONS: KAK ADDA
"Secara peribadinya, program bersama para pelajar ini merupakan satu program yang telah membuka peluang kepada para mahasiswa untuk menghapuskan prejudis dan sekaligus menambahkan minat kepada para pelajar terhadap subjek Fizik." Pada 13-15 April 2018, kumpulan “The Next Einstein” telah mengadakan satu projek “Empowering Interest in Physics” untuk Jalinan Masyarakat di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur yang terletak di Kuala Lumpur. Peserta program ini kebanyakkannya terdiri daripada pelajar tingkatan 4 yang menyertainya secara sukarela. Pertama sekali saya ingin memanjat kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana saya telah diberi peluang untuk melibatkan diri secara lansung dalam menjayakan Projek Jalinan Masyarakat ini. Saya telah diberikan tanggungjawab oleh pengarah projek untuk menjadi ahli jawatankuasa bagi unit Multimedia dan Teknikal. Alhamdulillah setelah mendapat sedikit bimbingan daripada Dr. Azzuliani yang merupakan penasihat bagi subjek...