EIP 2018 REFLECTIONS: ABANG AUZAN

"Jangan tidur dalam kelas, fokus, supaya nanti tak menyusahkan diri."



Kumpulan saya telah ditugaskan untuk menjalankan satu program di sekolah bagi menarik minat pelajar dalam mata pelajaran fizik. Kitorang telah bermesyuarat bagi membahagikan tugas. Saya diberikan tugas sebagai biro multimedia dan teknikal. Sebagai biro multimedia kitorang ditugaskan untuk membuat banner, membuat poster, membuat baju program dan membuat video sebelum program, kami Berjaya menyelesaikan semua tugasan pada masa yang ditetapkan. Selain tugas sebagai biro multimedia dan teknikal, setiap ahli kumpulan ini juga ditugaskan sebagai fasilitator. Kitorang perlu membuat persediaan yang rapi sebagai fasilitator bagi memastikan program berjalan dengan lancar.


Setibanya hari program, kitorang telah bergerak ke SMKTL menaiki kereta. Terdapat sebahagian daripada kami yang menaiki pengangkutan awam iaitu LRT bagi mempercepatkan perjalanan ke sana. Setibanya kami disana, kami telah pergi bertemu wakil guru daripada SMKTL. Kami diberikan kunci dewan, dan segera mengemaskan dewan bagi menyambut kedatangan peserta. Pada hari pertama kami hanya melakukan slot ice-breaking memandangkan kami hanya mempunyai masa yang singkat. Walaupun begitu, pelajar-pelajar daripada SMKTL sangat bersemangat dan memberikan sokongan yang padu sepanjang slot tersebut.

Pada keesokan harinya, kami bertolak daripada Universiti Malaya(UM) seawal 6 pagi bagi membuat persediaan bagi aktiviti sepanjang hari tersebut. Untuk slot Quantum Race, saya ditugaskan untuk menjaga stesen Quiz : How Far You Know About Physics. Di stesen ini, peserta perlu menjawab soalan yang telah kami sediakan melalui aplikasi Kahoot. Aplikasi ini sangat berguna kerana markah akhir yang diberikan adalah berdasarkan ketepatan dan kecepatan peserta menjawab soalan ini. Stesen ini juga bertujuan menguji mental para peserta dan pengetahuan mereka akan Fizik.

Slot seterusnya ialah Physics Showtime. Slot ni adalah bertujuan memberi pendedahan kepada peserta akan konsep-konsep Fizik. Dan pada malamnya ialah slot Glory Of Physicist. Slot ini memerlukan peserta untuk mengkaji dan mengenali saintis fizik dan perlu mempersembahkannya di depan semua orang.

Daripada program ini, kitorang dapat meningkatkan kemahiran dan pemahaman kami sendiri akan subjek Fizik. Subjek Jalinan Masyarakat amat berguna dan memberi impak yang positif kepada semua pelajar Universiti Malaya.


AMIRUL AUZAN B KASILAWATI

SIF170005

Popular posts from this blog

EIP 2018 REFLECTIONS: KAK ADDA

EIP 2018 REFLECTIONS: KAK RAI