EIP 2018 REFLECTIONS: ABANG RIDZ

"Dengan menyuntik minat mereka terhadap bidang fizik, saya amat terharu dan gembira kerana seluruh pelajar memberikan maklum balas yang positif."



Empowering Interest In Physics atau dikenali sebagai EIP dikendalikan oleh pelajar tahun satu Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik, Universiti Malaya. Dengan hanya dikendalikan oleh 16 orang pelajar sahaja, program ini dijalankan di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (SMTKL) selama 3 hari 2 malam. Saya, Muhamad Ridzuan Bin Chazali ditugaskan sebagai Biro Cenderamata dan Kebajikan untuk sepanjang program ini. Gerak kerja untuk program ini berjalan minggu demi minggu dan melalui perbincangan ramai, kami sebulat suara untuk menyediakan hamper untuk para pelajar dan plak untuk sekolah sebagai tanda penghargaan.Sejujurnya, bukan mudah untuk membahagikan masa untuk membuat pelbagai persiapan oleh kerana saya perlu membuat plak dan hamper sebelum masa yang ditetapkan. Dengan bantuan biro-biro yang lain, segalanya menjadi mudah. Ia jelas menggambarkan kami yang menggendalikan program EIP ini sangatlah bekerjasama membantu antara satu sama lain bagi menjadikan segala tugasan berjalan dengan lancar. Saya amat berterima kasih kepada semua yang bersama-sama menolong saya untuk menyiapkan hamper. Tidak dilupakan juga mesyuarat-mesyuarat yang diadakan seminggu 2 kali malah lebih. Ianya jelas menggambarkan semua ahli sangat la komited mensyuarat kerana ini adalah kerja berkumpulan dan ianya sangat penting.

Pada 13 hari bulan April 2018, saya bergerak ke SMTKL dengan menaiki LRT bersama-sama yang lain. Ketibaan kami di sana awal daripada perancangan dan seterusnya dapat meneruskan gerak kerja di bilik media yang telah disediakan. Dengan harapan program ini akan berjaya sehingga hari terakhir, pelbagai persiapan yang kami lakukan haruslah terperinci oleh kerana pada malam hari, sesi “ice-breaking” bersama-sama pelajar tingkatan 4 SMTKL. Apa yang saya dapat lihat di sini adalah, ke semua ahli sangatlah berasa risau kerana slot pertama yang akan dijalankan adalah pada waktu malam di mana kami takut jumlah murid yang akan hadir tidak melebihi apa yang dijangka tetapi kami tetap membuat persiapan sehabis baik bagi melancarkan program ini.

Tetap pada pukul 9 malam, sudah tiba masanya untuk menyambut kedatangan murid-murid tingkatan 4 SMTKL ke bilik media. Sebelum itu, murid-murid diarahkan untuk mendaftar dahulu dan sekali lagi saya ditugaskan sebagai biro pendaftara. Dengan hati yang sangat teruja, saya dapat lihat murid-murid ini datang dengan penuh semangat dan perasan ingin tahu. Sesi pendaftaran sangat pantas kerana saya sudah menyediakan “template” pembahagian kumpulan masing-masing kerana saya mahukan perspektif murid-murid terhadap kami adalah pantas dan efisien. Saya amat gembira kerana perancangan saya berjalan seperti yang saya rancang dan seterusnya memerikan satu bonus untuk saya. Selasai saja sesi pendaftaran murid, mulalah agenda seterusnya iaitu slot “ice-breaking”. Saya ditugaskan untuk menjadi fasilitator untuk kumpulan 7 atau nama kumpulan kami adalah kumpulan FARADAY! Saya sangat gembira kerana kumpulan saya sangat memberikan perhatian dan maklum balas yang baik kepada para fasilitator. Cheers dan lagu tema mengeratkan lagi hubungan antara fasilitator dan murid malah antara kumpulan lain juga. Situasi yang meriah ini menyebabkan saya berasa sangat teruja untuk menunggu hari esok dan seterusnya.

Seterusnya slot aktiviti untuk murid-murid. Quantum Race (QR) yang dijalankan adalah seperti explore race dan saya sekali lagi ditugaskan untuk menjaga check point surface tension of water. Dalam QR ini, murid-murid diberikan klip kertas dan diterapungkan di atas air dengan mengunakan cara dan kreativiti sendiri. Markah akan diberikan berdasarkan kuantiti klip kertas yang dapat diterapungkan. Setelah habis permainan ini, saya akan menjelaskan konsep fizik di dalam aktiviti ini. Nampaknya, para peserta memberikan tumpuan sepenuhnya dan menanyakan soalan semasa para fasilitator. Ini membuktikan bahawa aktiviti ini dapat mendedahkan peserta tentang konsep yang dipelajari. Saya sangat berpuas hati kerana para peserta bersemangat dan bertungkus lumus untuk menyelesaikan aktiviti ini dengan sangat cemerlang. Ini memberika  saya pengalaman yang sangat bermakna kerana murid-murid di sini beranggapan di mana apa yang mereka lalui semasa slot Quantum Race ini adalah salah satu pembelajaran yang mereka dapat di luar bilik darjah. Bukan saya sahaja, malah para fasilitator juga amat bersyukur kerana modul yang kami sediakan amatlah sesuai dan relevan untuk digunakan dalam program ini.

Bukan itu sahaja, dalam slot “Glory Of The Physicist” , pelajar sekali lagi ditugaskan untuk memerah otak dan mencari sebanyak mungkin maklumat tentang ahli fizik kumpulan masing-masing dan dibentangkan di khalayak ramai. Peserta kumpulan saya banyak tentang istilah-istilah fizik. Ini sangat membuatkan saya tertarik kerana para peserta sangat minat akan fizik dan ingin mengetahui dengan lebih mendalam. Ia sememangya sangat hebat dan gempak.

Sejujurnya saya merasakan program EIP 2018 ini yang berlangsung di SMTKL sangat berjaya kerana sambutan yang baik oleh guru-guru dan juga para pelajar. Walaupun persediaan untuk menjayakan program ini memakan masa yang agak lama dan memenatkan, tetapi ia sangat berbaloi kerana saya dapat menyumbangkan sesuatu kepada murid-murid supaya minat mereka terhadap bidang fizik tidak akan pudar. Dengan menyuntik minat mereka terhadap bidang fizik, saya amat terharu dan gembira kerana seluruh pelajar memberikan maklum balas yang positif.

Dengan itu, kesedaran yang paling penting yang saya perolehi dalam menjayakan program EIP ini adalah persiapan yang terperinci dan komunikasi yang berkesan dengan pihak sekolah. Ini kerana, dengan dua ciri inilah akan menilai kejayaan sesebuah program. Akhir sekali, melalui aktiviti jalinan masyarakat ini, saya berpendapat bahawa saya akan menjadi salah seorang sukarelawan dalam aktiviti-aktiviti masyarakat dalam masa depan dan saya tidak akan teragak-agak akan mengusulkan program kemasyarakatan di sekolah ini dalam mesyuarat Persatuan Fizik Universiti Malaya (PERFUM) bagi menjadikanya salah satu aktiviti tahunan persatuan. Sekian, Terima Kasih.


MUHAMMAD RIDZUAN B CHAZALI

SIF170058


Popular posts from this blog

EIP 2018 REFLECTIONS: KAK ADDA

EIP 2018 REFLECTIONS: KAK RAI