EIP 2018 REFLECTIONS: ABANG ZAIM

"Walaupun sudah seminggu berlalu, program kami masih lagi disebut sebut di bibir pelajar di SMTKL."



Empowering Interest in Physics ataupun dikenali sebagai EIP merupakan nama program yang telah dipersetujui oleh semua ahli kumpulan kami. Program ini diadakan Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur ataupun secara ringkasnya SMTKL. Saya sendiri merupakan alumni SMTKL tahun 2015. Pada awalnya, saya berasa agak bimbang kerana saya akan membawa nama Universiti Malaya ke SMTKL. Saya dan Ashshidiq telah pergi ke sekolah untuk menguruskan beberapa urusan rasmi yang diperlukan bagi projek EIP ini dapat berjalan dengan lancar.

Saya telah ditugaskan dalam Biro Multimedia dan Teknikal di mana saya bekerja bersama Izzat, Auzan dan Adda. Pada awalnya, saya hanya kenal Izzat dan Auzan kerana mereka telah saya kenali sejak daripada semester satu lagi. Di dalam biro saya, kesemua ahli telah ada pengalaman dalam multimedia dan teknikal di mana membuatkan semua kerja berjalan dengan lancar. Saya telah ditugaskan untuk membuat satu banner. Dan Alhamdulillah kerja saya sempat disiapkan sebelum tarikh yang telah ditetapkan. Bagi saya kekuatan yang ada dalam kumpulan adalah ramai yang sudah mengenali satu sama lain dan membuatkan persiapan projek ini berjalan dengan lancar kerana komunikasi di antara kami sungguh baik.

Mulanya program EIP adalah pada jumaat malam yang dimulakan dengan sesi pengenalan. Saya terkejut dan kagum kerana peserta yang hadir sampai tepat pada waktunya malah ada yang datang awal. Seterusnya, Kami para fasilitator telah dipecahkan kepada kumpulan masing masing. Saya berasa agak gembira kerana dapat berkongsi pengalaman saya di samping memberikan inspirasi kepada para pelajar kerana saya pernah berada di tempat mereka.

Saya bertanggungjawab untuk menjaga kunci dan peralatan makmal kerana dalam kumpulan kami sayalah yang paling senang untuk hubungi pihak sekolah. Saya juga menjadi jurukamera yang kedua di mana Izzat merupakan jurukamera utama. Disebabkan itu , saya kurang peluang untuk berinteraksi dengan para peserta sewaktu aktiviti dijalankan. Tetapi kerja perlu dilakukan dengan amanah. Alhamdulillah semua perjalanan program dapat dijalankan tanpa masalah. Saya sebenarnya sangat terkejut kerana hampir 70 orang peserta yang hadir semuanya datang secara sukarela. Kami telah mendapat maklum balas yang positif daripada peserta di mana membuatkan saya berasa gembira.

Setelah tamatnya program, kami pulang dengan hati yang lega. Saya dapat merasakan hubungan di antara semua ahli kumpulan kami semakin rapat sehinggakan kami semua boleh bergurau di antara satu sama lain. Kami selalu bertegur walaupun projek ini sudah pun tamat.

Saya mempunyai seorang kawan yang menjadi sebagai cikgu sementara di sana. Walaupun sudah seminggu berlalu, program kami masih lagi disebut sebut di bibir pelajar di SMTKL. Ini membuktikan dengan jelas bahawa program EIP ini ada impaknya kepada para peserta.

Pada hari terakhir, semua fasilitator mendapat surat daripada setiap ahli kumpulan mereka. Ada satu surat memberikan impak pada diri saya. Surat tu tertulis “ Saya bangga kerana ada alumni yang belajar di universiti sanggup untuk datang balik ke sekolah sendiri untuk berikan motivasi dan inspirasi kepada pelajar”. Kata kata ini membuatkan saya berasa sangat bersemangat untuk terus melakukan projek seperti ini lagi. Kumpulan kami sering katakana bahawa mereka inginkan EIP 2.0 dan saya juga berharap projek EIP ini akan diteruskan lagi dengan kumpulan yang sama.


MUHAMMAD ZAIM HAKIMIE B MUHAMMAD YUSOF

SIF170022

Popular posts from this blog

EIP 2018 REFLECTIONS: KAK ADDA

EIP 2018 REFLECTIONS: KAK RAI