EIP 2018 REFLECTIONS: KAK CACA
"Bagi saya, kalau ketika sekolah saya ada aktiviti begini di sekolah saya, InsyaAllah saya akan mencintai fizik bagaimana yang para pelajar SMTKL merasainya."
Kami punya gerak kerja sebenar bermula lebih
kurang 2 minggu sebelum pergi ke sekolah tersebut. Pada awalnya ramai yang
tidak tahu apa apa mengenai EIP termasuk saya. Bukannya tidak tahu langsung
tetapi tidak faham yang sebenar benarnya mengenai EIP sehinggalah pada suatu
malam kami buat meeting yang dihadiri hampir kesemua ahli kecuali ada beberapa
yang tidak hadir atas sebab sebab tertentu. Semasa perjumpaan itu, kami semua
telah berbincang dan sedar akan keterlambatan kami kerana diingatkan bahawa
perkara ini penting untuk kita semua. Jadi sepanjang 2 minggu itu, hampir
setiap hari kami berjumpa di kolej 2 kerana majoriti berada di sana untuk
berlatih menari dan mempersiapkan apa yang belum siap. Saya sangat kagum dengan
ahli ahli pasukan saya keran memberi komitmen yang sangat tinggi walaupun saya
faham semua orang sibuk dengan rutin harian mereka tetapi mereka masih tidak
lupakan tanggungjawab mereka. Kami bersama sama menyiapkan persediann program
EIP ini dengan rapi. Dan kerana proses yang berlaku sebelum EIP ini kami
mempunyai hubungan yang agak rapat dan baik.
Pada mula program ini , saya yang ditugaskan
sebagai noderator berasa gementar ofkos la sebab takut hambar tapi satu lagi
perkara yang saya gementar adalah suara saya ketika itu tidak begitu baik
tetapi Alhamdulillah pada malam kami sampai sana,saya punya suara okay saja.
Dan kami mengemas bilik yang disediakan oleh pihak sekolah berasama sama. Saya
juga sangat berterima kasih ketika itu kerana kami mendapat sebuah bilik yang
berhawa dingin di semepena cuaca yang panas itu. Jadi program kami berjalan
dengan sangat selesa. Berterima kasih kerana pihak sekolah sangat mengalu
alukan kami. Penyelia mereka menjaga makan minum kami sepanjang kami berada di
sana walaupun kami perlu membayar untuk makanan kami hahaha tapi saya tetap
berterima kasih kepada pihak sekolah keran mengalu alukan kami . Sepanjang
program itu, saya tahu semua rakan rakan saya penat kerana tidak cukup tidur
kerana ada yang buat persiapan hingga 3 pagi tetapi pukul 5 pagi sudah bangun
untuk siapkan diri pergi ke SMTKL, tetapi walaupun kepenatan semasa kami
bersama para pelajar semuanya sangat bertenaga dan tiada siapa pun yang curi
tulang atau tidak memberi komitmen. Dan kepada pepalajar yang berlainan bangsa
saya sangat bangga dengan mereka kerana kami boleh bergurau senda dan berbual
seperti kita sudah lama berkawan dengan mereka. Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan dalam program EIP juga bagi saya sangat berkesan ke atas para
peajar. Walaupun kami kesuntukan masa tetapi kami menggunakannya dengan sebaik
mungkin dengan memberi mereka perkara yang sangat bermanfaat. Bagi saya, kalau
ketika sekolah saya ada aktiviti begini di sekolah saya, InsyaAllah saya akan
mencintai fizik bagaimana yang para pelajar SMTKL merasainnya. Selain mengajar
fizik, kami juga mengajar mereka tentang haluan yang mereka boleh pilih kerana
semasa saya di umur mereka saya sangat ingin tahu tentang itu tetapi tiada
orang yang menerangkan dekat saya. Jadi, kami bagi pendedahan awal kepada
mereka. Saya harap perkara yang diajar dapat membantu mereka secara langsung
atau secara tidak langsung. InsyaAllah
Selepas program ini habis, kami qada tidur dan
itu semestinya kerana kami sangat kekurangan tidur. Dan kami mendapat
maklumbalas yang positif daripada para pelajar EIP kerana kami ada buat
aktiviti menulis surat kepada para fasilitator dan datipada situ kami dapat
menegetahui bahawa mereka sangat menyukai program ini. Saya berasa sangat
terharu kerana bagi saya yang pernah menjadi pelajar juga satu ketika dahulu,
saya sangat tidak menyukai program begini tetapi apabila saya yang
mengendalikannya saya membuatnya sebaik yang mungkin untik mereka kerana saya
memahami perasaan mereka yang datang ke situ. Jika saya buat yang terbaik dan
berjaya menceriakan keadaan saya yakin program itu akan berjalan lancar dan
Alhamdulillah para pelajar sangat menyukai kami. Setelah habis program itu kami
kembali ke kelas seperti biasa tetapi kami masih lagi rindu akan SMKTL dan
ingin membuat program begitu lagi kerana bagi saya menyumbang ilmu itu adalah
sumbangan yang berterusan. Jadi, saya harap kamu dapat membuat program EIP 2.0
hohoho