EIP 2018 REFLECTIONS: KAK JU
"Ada yang kata kami semua telah berjaya memupuk minat mereka terhadap fizik."
Program Empowering in Physics merupakan
program anjuran pelajar pelajar Universiti Malaya dari jabatan Fizik seramai 16
orang dan seramai 70 pelajar dari SM Teknik Kuala Lumpur telah terlibat dalam program ini. Saya pada awalnya
telah ditugaskan untuk menjadi biro tajaan. Memandangkan program ini tidak
memerlukan kos yang agak tinggi, biro tajaan telah dibubarkan. Dan saya telah
ditugaskan untuk menjadi biro protokol bersama rakan saya yang lain iaitu
Harith, Ash dan Lingesh. Bukan mudah
sebenarnya untuk bekerja dalam biro ini kerana saya sebenarnya kurang
pengalaman dalam biro ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
ahli ahli biro saya yang banyak membantu saya memberi tunjuk ajar serta
membahagikan kerja dengan baik sepajang saya menjadi ahli biro ini. Pada kesempatan
ini juga, saya ingin memohon maaf kepada ahli ahli biro saya jika saya ada
kekurangan dalam menjalankan tugan sebagai biro protokol. Terdapat perubahan masa dan jadual pada saat
saat akhir dan keadaan agak kelam kabut tapi dengan adanya ahli kumpulan yang
begitu bagus dan cekap,perubaha tersebut telah menjadikan program tersebut
menjadi lebih seronok. Saya amat berterima kasih kepada kesemua ahli biro saya.
Pada hari Jumaat, 13 April. Saya dan
kesemua ahli kumpulan saya telah bertolak ke SMK Teknik Kuala Lumpur pada jam 3
petang. Sebahagian daripada kami telah ke sana dengan menaiki bas dan lrt dan selebihnya dengan menaiki
kereta. Setelah tiba di sana, kami telah diberitahu untuk menjalankan program
tersebut di Bilik Media dan saya amat bersyukur kerana bilik tersebut mempunyai
ruang yang besar dan sangat sesuai untuk menjalankan aktiviti sebegitu.
Seterusnya kami meneruskan aktiviti gerak kerja di bilik tersebut untuk
persiapan pada malam nnati kerana program kami bermula pada malam tersebut.
Malam itu kami bermula dengan memperkenalkan diri kami kepada para pelajar yang
terlibat. Seterusnya, telah diadakan aktiviti “ice breaking” dimana para
pelajar telah dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan mempunya 2
fasilitator yang akan membimbing kempulan tersebut sepanjang program
berlangsung. Saya telah ditugaskan untuk bekerjasama dengan Harith. Pada
awalnya saya berasa amat janggal kerana ini merupakan pertama kali saya
ditugaskan menjadi fasi kepada para pelajar tetapi semuanya berjalan dengan
baik dan lancar pada malam itu. Kami berkenal kenalan antara satu sama lain dan
kami juga ditugaskan untuk mencipta cheers sebagai pembakar semangat untuk
kumpulan kami. Saya bersyukur kerana kesemua ahli kumpulan saya bekerjasama dalam
mencipta cheers walaupun pendek tapi sangat bersemangat.
Untuk aktiviti Quantum
Race pada keesokkan harinya, saya bersama Harith telah menjadi fasi di
checkpoint “Balancing Sculpture”. Saya amat terkejut kerana kesemua pelajar
yang terlibat begitu kreatif dalam membina sculpture dan boleh dikatakan
kesemua kumpulan telah menajayakan
aktiviti di checkpoint tersebut. Untuk slot seterusnya ialah Physics Showtime
dan saya telah ditugaskan bersama Shameera untuk memberi tunjuk ajar tentang
Pressure and Liquid. Kami telah sediakan sebanyak 5 experiment yang menarik
tentang tajuk tersebut dan saya dapat lihat para pelajar begitu teruja dan
seronok semasa mengendalikan kesemua experiment tersebut. Dan untuk slot yang
terakhir iaitu slot “Glory of Physicist” dimana saya dan Harith harus memberi
pendedahan kepada ahli kumpulan saya tentang ahli Fizik yang telah banyak
berjasa dalam bidang fizik. Ahli fizik yang ditugaskan oleh kumpulan kami ialah
Galileo Galili dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Akhir kata, saya berasa gembira kerana
akhirnya program EIP ini telah berjalan dengan begitu lancar sekali kerana pada
awalnya saya kurang yakin akan keberkesanan program ini tetapi dengan kerjasama
semua para fasilitator dan para pelajar akhirnya program ini telah Berjaya
dengan jayanya. Para pelajar juga banyak memberi komen yang positif seperti mereka inginkan program sebegini
lagi. Ada yang kata kami semua telah berjaya memupuk minat mereka terhadap
fizik. Saya begitu bangga dan gembira dengan semua komen dan maklum balas yang
begitu positif dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para
peserta, fasilitator, pihak sekolah dan lain lain yang bekerjasama dalam
menjayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.