EIP 2018 REFLECTIONS: KAK SHAMEERA

"Program ini dapat memberikan kami suatu pengalaman yang baru seterusnya merapatkan lagi hubungan kami antara ahli-ahli kumpulan."



Saya yang telah diamanahkan dengan jawatan logistik dan pengangkutan amat berbesar hati apabila dapat bekerjasama dengan kawan – kawan yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen yang baik dalam menjalankan  dan menyelesaikan tugasan yang diberi. Tipulah kalau tiada konfilk atau masalah yang timbul sepanjang kami merancang program ini. Tetapi dengan masalah dan konflik ini secara tidak sengaja telah mengajar kita semua untuk memberi komitmen yang konsisten terhadap tugas yang telah diamanahkan serta membina kerjasama yang kuat terhadap suatu sama lain.  

Bagi saya sama ada keberkesanan program ini berjaya atau tidak adalah tidak penting bagi saya selagi program ini  dapat dijalankan baik itu sudah pun memadai. Namun setelah melihat kesannya di akhir program yang terserlah di muka adik – adik di sekolah smtkl di mana mereka yang sentiasa memberikan komitmen dan bersemangat untuk menjalani aktiviti- aktiviti yang kami sediakan telah membuka mata saya bahawa bukan sahaja keberkesanan program ini terjadi terhadap adik-adik tetapi berlaku juga terhadap kawan-kawan saya daripada bermulanya program ini sehingga ke hujung akhir program. Melihat wajah-wajah mereka yang bersemangat dan ceria dalam beraktiviti membuatkan saya berasa sangat gembira. Program ini telah menambahkan lagi minat adik-adik tehadap bidang fizik melalui keseronokan mereka dalam menjalani aktitivi-aktiviti tersebut di samping dapat belajar dan bermain dalam masa yang sama dapat meningkatkan lagi kefahaman dalam suasana yang baru.

Semasa program masa yang ditunggu-tunggu telah tiba , melihat beberapa para pelajar datang berdaftar secara beramai-ramai membuatkan saya cuak kerana ini adalah kali pertama saya menjadi seorang fasilitator.Walaubagaimanapun bermula dari hari pertama menjalankan program hinggalah ke hari terakhir saya gembira kerana para pelajar memberikan respon dan kerjasama yang sangat baik kepada kami. Mereka begitu menghormati kami sebagai fasilitator dan kerana sifat mereka yang ramah dan sporting , mudah untuk kami mesra dan rapat dengan mereka . Kawan-kawan saya juga sangat memberi kerjasama yang padu dalam menjalankan tugas meskipun bukan dalam bidang tugas masing-masing, pihak kantin yang masakkan untuk kami pun baik dan ramah. Saya rasa sangat bersyukur sebab dapat berkongsi ilmu dengan mereka walaupun tak banyak. Saya lihat mereka agak pemalu waktu memperkenalkan diri tapi bila dah lama berprogram mereka makin berani dan tak segan dengan kami.

Selepas progam, saya sangat bersyukur kerana seperti yang kami inginkan program kami berjalan dengan lancar hingga akhirnya. Program ini dapat memberikan kami suatu pengalaman yang baru seterusnya merapatkan lagi hubungan kami antara ahli-ahli kumpulan. Akhirnya tidak lupa juga bahawa program ini telah melatih diri saya mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri dalam menjalankan suatu tugasan.


SHAMEERA BT SHAARI

SIF170050

Popular posts from this blog

EIP 2018 REFLECTIONS: KAK ADDA

EIP 2018 REFLECTIONS: KAK RAI