"Saya berharap program seperti ini dapat dijalankan lagi kerana program ini memupuk semangat kerjasama dalam diri pelajar di samping dapat mendedahkan pelajar sekolah tentang menariknya subjek Fizik." Program yang saya terlibat adalah program Empowering Interest in Physics . Program ini adalah untuk menarik minat pelajar sekolah agar meminati Fizik bukan semata-mata kerana peperiksaan tetapi untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Sebelum program ini berlangsung, saya telah dilantik untuk menjadi setiausaha program bagi menyiapkan kertas kerja. Sepanjang proses saya menyiapkan kertas kerja, saya banyak dibantu oleh rakan-rakan dalam memperoleh maklumat berkaitan program. Selain itu, penyelaras saya juga banyak membantu saya dan rakan-rakan dalam memastikan program kami berjalan lancar. Di samping itu, sepanjang proses saya menyiapkan kertas kerja ini, banyak perkara yang saya telah dipelajari. Antaranya ialah saya dapat memupuk sifat tidak berputus asa d...